PENTADBIRAN


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR





Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan “Selamat Bertugas” kepada seluruh warga pendidik, staf sokongan dan semua murid SK Alor Gajah 1.

Menjelang tahun 2012, SK Alor Gajah 1 menempatkan 25 buah kelas Aliran Perdana, sebuah kelas Prasekolah dan sebuah kelas Pendidikan Khas Integrasi Disleksia.

‘Ketekunan Tangga Kejayaan’ merupakan moto SK Alor Gajah 1 yang dijanakan melalui visi SK Alor Gajah 1 menjadi sekolah cemerlang tahun 2014. Visi tersebut menuntut komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada para pendidik dalam merealisasikan tugas murni untuk mencorak dan membawa perubahan kepada insan yang bergelar ‘murid’.

Sebagai pendidik kita bertanggungjawab memahami dan melaksanakan semua agenda pendidikan negara dengan mengamalkan sikap proaktif, kreatif, inovatif dan kritis. Justeru itu semua pendidik perlu bersikap mampan dan menguasai Teknologi Maklumat (IT) bagi penghasilan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan relevan dengan kehendak murid dan cabaran semasa.

Saya bagi pihak warga SK Alor Gajah 1, amat berterima kasih kerana mendapat sumbangan dan komitmen yang baik daripada pihak PIBG dan Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha memajukan sekolah dan meningkatkan prestasi murid.

Akhir sekali, kepada para pendidik dan staf sokongan SK Alor Gajah 1, selamat bertugas dalam suasana yang ceria, yakin dan ikhlas demi kegemilangan anak-anak didik yang bakal mewarisi dan menerajui pimpinan Negara pada masa depan.

‘KE ARAH KECEMERLANGAN SK ALOR GAJAH 1’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


ABU BAKAR BIN HAJI TAMAM
Guru Besar SK Alor Gajah 1






CARTA ORGANISASI 2012






PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1 2012



Bil.
Aktiviti
J
F
M
A
M
J
J
O
S
O
N
D
1
Penubuhan J/K PBS sekolah
(Pelantikan Ketua Penyelaras Subjek/ Pentaksir Sek)


x











2
Mesyuarat Pengendalian PBS (Pengurusan)

x





x




x


3
Surat makluman ibu bapa /waris

x











4
Taklimat kepada murid(setelah tugasan diterima)

x

x











5
Pelaksanaan PBS:
Darjah 1 dan 2

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


6
Pemantauan dalaman

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


7
Penyelarasan skor
Darjah 1 dan 2










x



8
Kemasukan markah PBS










x

x


9
Penyerahan Laporan Post Mortem PBS












x







PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN SK ALOR GAJAH 1



1.0   ARAHAN AM



  1.1   Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah

          Kebangsaan Alor Gajah 1 di tahap cemerlang dan disegani. Oleh itu  

          setiap guru haruslah menjalankan tugas kurikulum, kokurikulum, dan

          memantapkan sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.



       1.2   Setiap guru harus memahami misi dan visi sekolah sebagai institusi

                  masyarakat. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tetakluk kepada segala

                  arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru
                  dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
        .         Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
                  dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
                  Arahan Perkhidmatan lain.
         
          1.3  Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya  
               sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata  
               pencarian semata-mata.

          1.4  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati  
                 prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
         
          1.5  Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara.
                 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri  
               dalam menjalankan tugas. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin
               keselamatan  murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda
              sekolah.

  1.6  Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
         menjalankan tugas.


2.0   SIKAP GURU

           2.1 Guru harus mempunyai ’high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus    
                 menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam  
                 banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mencungkil potensi mereka.
        .        Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat (hidden  
                 curriculum).
         
           2.2 Kita adalah ’role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita.  Apa
                 yang kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid. Nilai-nilai murni
                 keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah.
         
           2.3  Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada
               proses pendidikan.  Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima
               pendidikan.

3.0   KEMAHIRAN GURU

        3.1  Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ’content’
               malah pakar untuk menjadikan pelajar kita ’learners for life (mengajar dan 
               mendidik).

        3.2  Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan   
               bagaimana untuk kita menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara
               objektif dan berkesan.  Sekiranya seorang pelajar itu tidak belajar, kita perlu
               bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya.  Oleh itu kita perlu                  
               membetul, perbaiki, menyusun dan mempelbagaikan kaedah mengajar.

 4.0   PROFESIONALISME GURU

.        4.1  Iklim

                 4.1.1  ’High expectations dan low stress’ – Best learning (Study Hard, Study
                          Smart). Suasana yang supportif/mendorong – pujian untuk kejayaan.

.        4.2  Pengurusan

                 4.2.1  Memahami matlamat sekolah
           
                4.2.2  Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan
                          berhikmah.

                 4.2.3  Menepati masa. Menyelesaikan tugas menepati waktu.  Semua tugas  
                          yang diserahkan hendaklah diambil tindakan segera. 

                4.2.4  Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan
                          kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan
                          diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan.

                4.2.5  Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan   
                          semua aktiviti kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang.

  5.0   PENAMPILAN

     5.1  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
            masyarakat timur.

     5.2  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
            perempuan.

     5.3  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
            sesuai.

          5.4  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian  
                 sukan yang sesuai.

          5.5  Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
                 sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

     5.6  Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.  
            Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah  
            tanpa tumit.

   6.0  PERHUBUNGAN SESAMA GURU.

          6.1  Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
                 dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.
                 Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

          6.2  Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/
                 pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan   
                 sekolah yang lain.
 
          6.3  Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
                 status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak
                 dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

   7.0  KERAHSIAAN

          Segala maklumat yang dibincang oleh/dengan pihak pengurusan sekolah
          adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak
          dibenarkan ditempat-tempat umum kepada/dengan yang tidak berkenaan.

    8.0  ETIKA GURU

.          8.1  Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan.
                  Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini.

            8.2  Guru tidak dibenarkan merokok dalam kawasan sekolah.

            8.3  Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan
                  waktu tidak mengajar.

    9.0  TUGAS GURU BERTUGAS

      9.1  Masa – guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia
             perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan perhimpunan
             pagi dan pergerakan murid.

      9.2  Tugas – pada waktu rehat suasana di kantin dan peraturan-peraturan
             kantin hendaklah dipastikan diikuti iaitu :
     
              9.2.1  murid beratur
              9.2.2  membaca doa makan
              9.2.3  memasukkan pinggan, mangkuk, sudu, garfu ke dalam bekas yang
                       disediakan.
              9.2.4  pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria.
              9.2.5  rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan duduk dalam kelas)

      9.3  Bangunan – Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
             dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya.  Lapor segera
             sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh
             mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan. Pastikan bangunan dan    
             persekitaran bersih dan ceria (rondaan).

  10.0  GURU KELAS

      10.1 Guru kelas adalah orang yang paling tepat mendisiplinkan murid dalam
              kelasnya.

      10.2 Kenali semua murid anda.

      10.3 Ketahui latar belakang, kemamppuan dan masalah mereka.

                10.4 Cuba rapati dan terangkan dengan baik visi dan aspirasi sekolah agar
                    mereka dapat memahami dan menjadi supportif.

      10.5   Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan- Guru 
                Bertugas, HEM, Guru Besar.

      10.6   Galakkan mereka membina ’self respect’ dan ’respect for others’.

      10.7   Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi P&P, membuat kerja rumah,
                 tabiat kerja yang baik dan kemas.

      10.8   Galakkan mereka aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian
                sekolah

      10.9   Galakkan mereka berbincang mengenai masalah P&P dengan kawan-
                kawan dan guru.

      10.10 Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah.

      10.11 Siasat ketidakhadiran dan ambil tindakan sewajarnya.

      10.12 Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas dan persekitaran  
                kelas setiap ketika.

      10.13 Suarakan ’expectation’ anda kepada murid anda berkaitan kemajuan,  
                pencapaian pelajaran,  tingkah laku dan nilai murni.

      10.14 Anda harus tegas, rasional, berhikmah, berwibawa dan berketrampilan
                pada setiap masa.

   11.0  GURU SUBJEK

       11.1  Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.

       11.2  Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat  yang jelas.

       11.3  Menepati masa, riang, tegas dan adil.

       11.4  Sentiasa memberi pujian.

       11.5  Class Control.

       11.6  Selesaikan sendiri masalah disiplin yang mengaitkan P&P subjek anda.

       11.7  Kerja rumah diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu
                disemak.

12.0  KEDATANGAN

            12.1  Waktu persekolahan rasmi Isnin – Jumaat adalah merujuk jadual waktu   
dan guru hendaklah datang awal sebelum loceng pertama 7.30 pagi             dibunyikan.           

             12.2  Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

             12.3  Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum                                
                       waktu belajar dan menandatangani Rekod Kehadiran semasa sampai dan                    
                       sewaktu balik sekolah mereka yang lewat dikehendaki memberi                                         
                       kenyataan bertulis kepada Guru Besar.

              12.4 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah                                     
                       memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada Guru Besar                                  
                       dan GPK 1 ( untuk membuat jadual waktu ganti ).

             12.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah                               
                      kecuali dalam keadaan kecemasan.

              12.6 Kehadiran hari Sabtu ke 2 dan 4 merupakan hari bekerja.  Guru diwajibkan                    
                       hadir untuk menjalankan tugas-tugas seperti Kelas Tambahan, Aktiviti                           
                       Kokurikulum, Pertandingan, Kursus, Mesyuarat, Taklimat, Gerak Kerja                             
                       Sosial yang diarahkan. Alasan/Surat sokongan hendaklah diberikan                          
                       sekiranya tidak dapat hadir kepada Guru Besar.

. 13.0  KELUAR WAKTU MENGAJAR.

           13.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu                                                  
                    mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau                     
                    arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat                            
                    mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan.

                    13.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam                       
                             Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan                            
                             sebelum keluar.
           
     13.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis                                
              untuk    pelajar melalui Guru Penolong Kanan..

14.0    PERHIMPUNAN

            14.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan                              
                     setiap minggu iaitu pada hari Isnin.

            14.2Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas dan Guru bertugas.

            14.3 Semua guru dan murid wajib hadiri ke perhimpunan tersebut.

            14.4 Guru bertugas memastikan semua perisapan untuk perhimpunan                                    
                    disediakan lebih awal, PA System, Pembaca Doa dan Atur Cara.

            14.5 Merekodkan secara rasmi amanat Guru Bertugas, GPK, Guru Besar dan                           
                     lain-lain laporan.

15.0    CUTI

            15.1 Cuti Penggal

15.1.1 Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A/(30)           
            bertarikh 24 Disember, 1993, guru bekelayakan mendapat cuti penggal         
            sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil  bertugas 
            oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun 
            untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

      15.2 Cuti Tidak Menjejaskan Pencen/Ganjaran

JENIS CUTI
JUMLAH CUTI
RUJUKAN
KELULUSAN
Cuti Rehat Khas
7 hari
Bil. 3 Tahun 2005
Guru Besar
Sakit
Swasta – 15 hari
Kerajaan – 90 hari +/90
Kusta/Barah – 24 bulan
Perintah Am Bab (C) Para 31 (a)
Guru Besar/JPN/JPA
Haji
Jangkamasa diperlukan tidak melebehi 40 hari
Perintah Am bab (C) 34/35
JPN
Mengambil Peperiksaan
Tempoh Peperiksaan
(Hari Peperiksaan)
Perintah Am Bab (C)
Guru Besar
Bersalin
60 hari



90 hari
Pekeliling Perkhidmatan
Bil . 2/1998 – 26.4.1998. Perintah Am Bab (C) 25/26
PP Bil 14/2010

Tanpa Rekod PJJ
30 hari
KP(BB)06/01/4 Jld (48) 5.6.98
JPN
Aktiviti NUTP/Ko-operasi
14 hari + (2 hari perjalanan
Peringah Am Bab © 42 (a)
JPN
Isteri Bersalin
7 hari
Bil 9 Tahun 2002
Guru Besar
Kematian Ahli Keluarga
3 hari
Bil. 10 Tahun 2002
Guru Besar
  
16.0    BILIK GURU

         16.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab                                      
                   semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

                     16.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa                      
                              ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free                      
                              period’.Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa terebut di bilik guru                        
                              untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran                                  
                              sahaja.

16.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

           16.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
               memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenterama                            
               mana-mana pihak.

17.0PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.
   
    17.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan,
        mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

           17.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan                   
                   dengan guru Ketua Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Guru Besar.

18.0    TUGAS

            18.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum,                                       
                     pentadbiran dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas                          
                     tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

            18.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya,
         menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain,  
                   guru hendaklah mengmbil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak                                      
                   boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru                                
                   Besar.

19.0    BUKU REKOD MENGAJAR

           19.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan                                                  
                    bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.Semua butiran                     
                    hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.  Buku ini                               
                    hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan                                 
                    ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Kanan.
                     Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada                       
                     Penolong Kanan.


.     19.2 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir   
              tahun persekoahan.
           
            19.3 Penalti sebanyak  RM500.00 mengajar tanpa buku persediaan mengajar                        
                     /tidak menulis/hilang.

20.0    JADUAL WAKTU

   20.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk    
           dipamerkan di dalam kelas sendiri.

      20.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa                               
               kebenaran.

      20.3 Penalti sebanyak RM5000.00 ATAU TIGA BULAN PENJARA ATAU                                 
               KEDUA- DUANYA SEKALI MENGAJAR TANPA JADUAL WAKTU ATAU                           
               MENGUBAH JADUAL WAKTU TANPA KEBENARAN.

21.0    JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

          . 21.1Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru    
            bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
            hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya    
            yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

    21.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan
            ditanda pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya  
            guru darjah tidak hadir, Penyelaras Aliran bertanggungjawab menanda.

            21.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

            21.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli     
        dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara
        bertulis.

21.5 Analisa mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru  
                     yang bertanggungjawab.

21.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan murid.

22.0    KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH/KESELAMATAN

      22.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
               keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda    
              sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke     
              pengetahuan pihak sekolah.

      22.2 Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai                       
               penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel.

      22.3 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran 
               bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan                                           
               membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan                               
               dengan selamat.

           22.4 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas                                           
                    bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. Kebersihan kawasan                        
                    sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

23.0    SURAT MENYURAT.

.           23.1 Semua surat hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan                                
                     kepada  pihak berkenaan.

            23.2 Surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
                     tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera  terhadap                   
                     surat-surat tersebut.

            23.3.Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan                         
                     kepada  Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil               
                     tindakan.

           23.4 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar                                                 
                    mengedarkannya untuk  tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu                          
                    hendaklah mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada   
                    dalam simpanannya.

23.5 Mengambil tindakan yang diperlukan.

23.6 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

 24.0  KE JPM ATAU KE PPD ALOR GAJAH.

        24.1 Guru-guru yang berurusan dengan KPM/JPM/PPD hendaklah memaklumkan               
                 dan mendapat kelulusan Guru Besar terlebih dahulu.

25.0   PELAWAT.

    25.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih
           dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau
           penjual-penjual pihak luar kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau                            
           wakilnya.

26.0   MEMBELI DAN MEMESAN BARANG

      26.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
               menggunakan borang nota minta yang diperolehi di pejabat.
                   Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru                             
                   Penolong  Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

     26.2 Semua pesanan yang lebih RM100.00 mesti dibuat melalui Borang                                 
              Pesanan Nota Minta.
          
           26.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan                                    
                    direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

27.0   MESYUARAT GURU/KURSUS

      27.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat
              Guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat itu adalah WAJIB.
          
           27.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru                                     
                    Kanan/Ketua Panitia.

            27.3 Semua mesyuarat yang berkaitan yang diadakan di peringkat                                                            
                     sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib dihadiri.  Sekiranya ada                                        
                     sesuatu halangan/masalah pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara                                 
                     rasmi kepada  Guru besar

            27.4 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan                 
                     kepada GPK/GB dalam laporan Minit Curai. Semua dapatan kursus wajib                                
                     disebarluaskan kepada rakan sejawatan.

28.0    BUKU STOK / INVENTORI.

            28.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku
           stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori
           adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari  
           semasa ke semasa oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan.

29.0 TANDA NAMA.

Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari bekerja.

 30.0   KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG.

      30.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.
                    Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

31.0   PENGGUNAAN ALAT-ALAT.

           31.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
               Mesti mendapatkan kebenaran daripada Ketua-ketua Bahgaian atau                                             
               penjaga stok.

      31.2 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan                               
               Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

32.0   TELEFON/FAX.

      Penggunaan telefon / fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah       
      menggunakan telefon sendiri atau awam atas urusan peribadi.

33.0   KUNCI.

          Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Sekiranya terdapat  guru yang hendak                  
          menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran Guru Besar.            
          Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhya.

34.0   ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

  35.0  PUNGUTAN YURAN

Yuran yang dipungut dikehendaki serahkan terus wang kepada yang berkenaan. Jangan disimpan.Keluarkan resit untuk murid dengan segera dan serah kepada pejabat.  Rekodkan dalam Buku Kedatangan Murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul.

36.0    DISIPLIN DAN PERGERAKAN MURID

                       36.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan akibat dari melakukan sesuatu                     
                                yang melanggar peraturan. Ini akan menghindarkan mereka daripada                       
                               dikenakan tindakan disiplin.

           36.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan                           
                    keselamatan bilik darjah pada setiap masa. Guru yang mengajar waktu                       
                    akhir setiap sesi mesti mempastikan murid-murid membersihkan kelas                             
                    sebelum balik.

           36.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata                          
                    kasar dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman                                       
                    hendaklah dirujuk Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa                           
                    berada dalam kawasan sekolah. 

36.4 Guru hendaklah sentiasa berada bersama murid.
           
            36.5 Guru-guru sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya                         
                    menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah.

           36.6 Murid yang dikenalpasti mengidap penyakit semput, lelah, gila babi,                                              
                    jantung, tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada                                          
                    menyertai PJ/sukan.

           36.7 Guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru                         
                    Besar. Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru, pastikan murid                                
                    memakai pas keluar.

37.0    KENYATAAN MEDIA

Guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa juga perkara. Sila rujuk kepada GB/JPM/KPM


PENUTUP:

Risalah panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Alor Gajah 1


PERANCANGAN STRATEGIK
SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1
SEKOLAH LESTARI 2012 - 2015



   KATA-KATA ALUAN GURU BESAR


Assalamualaikum, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau  dan Salam 1 Malaysia.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa yang telah berjaya menyiapkan Buku Perancangan Strategik Sekolah 2012 hingga 2015. Menjelang tahun 2012, SK Alor Gajah 1 telah mengubah visi sekolah kepada tahun 2014. Selaras dengan itu, perancangan strategik jangka panjang bermula 2012 hinga 2014.

Aspek yang diberi penekanan di dalam buku tersebut ialah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum,  Pengurusan Pejabat, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Fizikal Sekolah termasuk Pengurusan ICT. Perancangan strategik ini juga akan dibentangkan kepada semua guru sebagai panduan dalam  usaha mereka untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Di dalam buku ini juga terdapat strategi bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerja guru dan staf sokongan selain daripada usaha untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Melalui program yang disediakan diharap guru-guru akan lebih bersikap proaktif, inovatif, kreatif dan peka terhadap perkembangan semasa dunia pendidikan.

Selaras dengan aspirasi KPM, saya berharap guru-guru dan staf sokongan sekolah ini akan lebih komited dan memberi komitmen yang tinggi kepada pentadbir dalam usaha ke arah kecemerlangan sekolah ini. Kejayaan sekolah ini adalah kejayaan bersama semua warga sekolah dan masyarakat setempat.

Sekian. Terima Kasih.

 “KE ARAH KECEMERLANGAN SK ALOR GAJAH 1 SEKOLAH LESTARI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


ABU BAKAR HAJI TAMAM
Guru Besar,
SK Alor Gajah 1 Sekolah Lestari


PROSES PRA
PERANCANGAN


PERSEDIAAN PERANCANGAN

·       Bentuk jawatankuasa kerja dan spesifikasi tugas

·       Memberi penjelasan/kefahaman tentang tujuan membina perancangan strategik dan 
         faedahnya kepada organisasi kepada “senior management staf”

·       Semak tahap‘readiness for success’ (Anjakan Paradigma)

·       Mengumpul semua mandat baru/terkini

·       Membina pelan kerja (work plan) membina perancangan strategik.


PELAN KERJA PEMBINAAN PERANCANGAN STRATEGIK



JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SK ALOR GAJAH 1 SEKOLAH LESTARI 2012-2015

PENGERUSI
ENCIK ABU BAKAR BIN HAJI TAMAM

TIMBALAN PENGERUSI
HAJAH ROSINAH BINTI HAJI ALI

NAIB PENGERUSI 1
PUAN NORHAYATI BINTI MAMAT

NAIB PENGERUSI 2
PUAN SHAMSINAH BINTI JAMIL

SETIAUSAHA
PUAN NORPIDAH BINTI IDRIS

AJK

     1.    HAJAH MOINAH BINTI PAKUSIAM                                            
     2.    PUAN NORLIA BINTI MAT DAHARI    
     3.    PUAN NOR SAADAH BINTI JAAFAR                                        
     4.    HAJAH SEPIAH BINTI IDRIS
     5.    PUAN KALAIVANY A/P BALAKRISHNAN                                   
     6.    HAJI ROSLI BIN HASHIM
     7.    PUAN FAIZAH BINTI WAHID                                                       
     8.    PUAN JAMAEYAH BINTI MAHAT
     9.    PUAN NOR SITI ROHAYA BINTI ABD  
          RAZAK                                 
    10.  EN NIK AHMAD IZANIE BIN MOHD 
          ROSLAM
     11.   ENCIK MOHD ZIN BIN ZAKARIA                                              
     12.   PUAN NIK NOOR MIZAN BINTI 
             HASSAN
     13.   ENCIK ZAHARI BIN MAT ALI                                                     
     14.   PUAN NUR NADIAH BINTI IBRAHIM
     15.   ENCIK MOHD MAIZON BIN WAHAM                                       
     16.   PUAN NORLIYANA BINTI SUKIMIN
     17.   PUAN FARIZAN BINTI SULAIMAN



MAKLUMAT ORGANISASI



LATAR BELAKANG SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

      Dikenali sebagai Alor Gajah English School
      Beroperasi pada 28 Februari 1954
      Bilangan murid pada permulaan seramai 160 orang
      Bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris
      Pertukaran nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah mulai Januari 1970.
    Disebabkan pertambahan murid, ia dibahagikan kepada dua menjadi SRK Alor Gajah 1 
    dan SRK Alor Gajah 2. Pada Januari 1978, SRK Alor Gajah 2 berpindah  ke bangunan 
    baru dan bertukar nama menjadi SRK Dato’ Naning. Nama SRK Alor Gajah 1 telah 
    ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 pada tahun 1996. Pada tahun 1998, 
    dua blok bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan dua blok bangunan 
    empat tingkat.
      Pada tahun 2005  Makmal Komputer telah mula beroperasi
      Pada 2006 murid-murid prasekolah telah ditempatkan di sekolah ini.
      Pada tahun 2006 Pusat Akses telah dimulakan operasinya.
      Pada tahun 2008 Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia dimulakan

Profile Sekolah

      Alamat sekolah       :          SK Alor Gajah 1, 78000 Alor Gajah, Melaka.
      Kod sekolah            :          MBB0041
      Gred sekolah           :          A
      No tel sekolah         :          06-5561221
      No faks sekolah      :          06-5561223
      E-mail sekolah        :          mbb0041@ppdalorgajah.edu.my
      Kategori sekolah    :          Luar Bandar










 
 





DASAR SEKOLAH

DASAR KURIKULUM SEKOLAH


1.0       LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah “core business” bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan sistem sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah sekolah kebangsaan harian yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.

2.0       OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1   menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2   memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3   memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri Melaka

3.0       DASAR

3.1  Dasar kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus Perdana Sistem 
       dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2  Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian  Pelajaran, 
       Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3  Sebagai salah sebuah sekolah kebangsaan yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah 
        Harian dan Sektor Pengurusan Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan 
        dipatuhi sepenuhnya.
3.4    Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan Kurikulum semasa.                
3.5   Program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program  akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberi keutamaan.

4.0       MESYUARAT

4.1  Jawatankuasa kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun  mengikut standard 
       piawaian jabatan.
4.2   Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3   Mesyuarat panitia, minimum 3 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4   Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru-guru 2 hari sebelum mesyuarat.

5.0       FAIL  

5.1   Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha.
5.2   Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia dan disimpan di bilik GPK 1.
5.3   Jumlah fail – 3

6.0       PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1  PraSekoloah – KSPK
6.2  Tahun 1 dan 2 – KSSR, menjelang tahun 2014 Tahun 1 – 4 KSSR
6.3  Tahun  3 - KBSR
6.4  Tahun 4,5 dan 6 - KBSR

7.0       SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

7.1   PraSekolah berumur 6 tahun – Permohonan dan mengikut syarat kelayakan serta warganegara.
7.2   Tahun 1 berumur 7 tahun – warganegara ( layak menerima bantuan ) bukan warganegara berbayar.
7.3   Kohort Umur 2012 :

       2.1.2005 – 1.1.2006      -           Tahun 1
       2.1.2004 – 1.1.2001      -           Tahun 2
       2.1.2003 – 1.1.2004      -           Tahun 3
       2.1.2002 – 1.1.2003      -           Tahun 4
       2.1.2001 – 1.1.2002       -           Tahun 5
       2.1.2000 -  1.1.2001       -           Tahun 6

8.0       SUKATAN PELAJARAN / RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN  
             RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.1   Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan, Dokumen Standard dan Standard Prestasi  terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru
8.2   Satu salinan SP, HSP, RPT, DS, DST dan SP hendaklah disimpan di dalam fail panitia.
8.3   Rancangan Pelajaran Harian hendaklah ditulis selaras mengikut mata pelajaran yang mengandungi perkara berikut :
Tema / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Aktiviti / Bahan
8.4   Buku Persediaan Mengajar hendaklah dihantar setiap hari Jumaat persekolahan ( tertakluk kepada perubahan )
8.5   Semua guru dikehendaki membawa persediaan mengajar setiap kali masuk kelas.
8.6   Semua guru dikehendaki menghabiskan Sukatan Pelajaran :
PraSekolah       -           Minggu 41
Tahun 1 – 5       -           Minggu 41
Tahun 6             -           Bulan Mei ( UPSR )
8.7   Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM / ICT yang disediakan. Kualiti Pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengalaman dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.

9.0         JADUAL WAKTU

9.1  Jumlah waktu mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.


BIL

MATA PELAJARAN
ALIRAN
1
2
3
4
5
6
PRA
PKID
1
BAHASA MALAYSIA
12
12
12
10
10
10
8
10
2
BAHASA INGGERIS
10
10
8
7
7
7
8
10/8/7
3
MATEMATIK
6
6
7
7
7
7
2
7
4
SAINS / DUNIA SAIN DAN TEKNOLOGI
2
2
3
5
5
5
2
2/3/5
5
PENDIDIKAN ISLAM
6
6
6
6
6
6
4
6
6
PENDIDIKAN MORAL
6
6
6
6
6
6

6
7
BAHASA ARAB
3
3
2
2
2
2

3/2
8
BAHASA TAMIL SK
3
3
-
-
2
-
-
3/2
9
PENDIDIKAN SENI VISUAL / DUNIA SENI
2
2
2
2
2
2
4
2
10
PENDIDIKAN MUZIK / DUNIA MUZIK
1
1
2
2
2
2
4
1/2
11
PENDIDIKAN SIVIK K.
2
2
2
2
2
2

2
12
KEMAHIRAN HIDUP
2
2
2
2
2
2

2
13
KAJIAN TEMPATAN
2
2
2
2
2
2

2
14
PENDIDIKAN JASMANI
2
2
2
2
2
2
2
2
15
PENDIDIKAN KESIHATAN
1
1
1




1
16
PERHIMPUNAN
1
1
1
1
1
1
1
1

10.0    GURU GANTI

10.1   Guru-guru yang CRK / Berkursus / Cuti Sakit / Cuti Tanpa Rekod, perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar dan GPK 1 serta mencatatkan dalam buku pergerakan staf  dan menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
10.2   Guru-guru yang terpaksa meninggalkan sekolah secara mengejut  dikehendaki  membuat pertukaran waktu suka sama suka
supaya p & p tidak tertangguh.
10.3   Penyediaan Guru Ganti akan direkodkan dan disediakan oleh GPK 1 atau GPK Koku atau GPK HEM atau Penyelaras Jadual Waktu.



11.0WAKTU PERSEKOLAHAN

11.1  Isnin       -      Tahun 1/2/3  : 1.05
                                Tahun 4/5/6  : 2.05 ( Kelas tambahan tahun 6 – 3.05 )
         Selasa    -      Tahun 1/2/3  : 1.05
                                 Tahun 4/5/6  : 1.35 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.35 )
         Rabu       -      Tahun 1/2/3  : 1.35
                                 Tahun 4/5/6  : 1.35 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.35 )
         Khamis   -      Tahun 1/2      : 12.35
                                Tahun 3         : 1.35
                                Tahun 4/5/6  : 1.05 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.05 )
         Jumaat    -     Semua           : 12.05


12.0    PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

12.1  Peperiksaan merujuk kepada takwim peperiksaan JPM dan sekolah yang telah 
          ditetapkan.
12.2  Dasar pengredan markah adalah merujuk kepada penetapan yang telah dibuat  oleh 
         sektor Penilaian dan Peperiksaan ( SPP ) JPM.
12.3   Format peperiksaan adalah mengikut kertas sebenar peperiksaan awam  untuk  UPP1, UPP2, PKSR 1, PKSR 2, dan Percubaan UPSR.
12.3   Jadual pengawasan secara blok akan dibuat untuk peperiksaan UPP1, UPP2, PKSR 1 dan PKSR 2 sahaja. Lain-lain ujian dan peperiksaan adalah mengikut  jadual peribadi. Peruntukan masa mengikut keperluan peperiksaan awam.
12.4   Markah untuk UPP1, PKSR 1, PKSR 2 dan percubaan sahaja akan dimasukkan ke dalam Program SAPS. Markah untuk setiap kali ujian dan peperiksaan akan  dicetak dan dimasukkan ke dalam fail peperiksaan kelas oleh guru kelas , fail panitia oleh  ketua panitia, fail SAPS oleh penyelaras SAPS. Murid tahun 1 dan 2 akan menggunakan program sekolah.
12.5    Markah murid secara individu perlu direkodkan ke dalam buku laporan murid untuk   
          ditandatangani oleh ibu bapa.
12.6     Kedudukan murid adalah ditentukan melalui GPA dan lulus semua mata mata pelajaran.
12.7    Semua guru penyedia soalan dikehendaki menyediakan soalan mengikut  Jadual    
          Spesifikasi Ujian ( JSU ) mengikut  tahap.
12.8     Semua soalan ujian dihendaklah disahkan oleh Ketua Panitia,  GPK 1 atau Guru Besar   
          sebelum dicetak.
12.9     Post mortem hendaklah dibuat setiap kali peperiksaan PKSR1, PKSR 2 dan UPSR.
12.10Semua ketua panitia perlu memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah   
          untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam dan   
          KSSR.
12.11 Pelaksanaan Ujian PBS/ SPPBS  tahun 1 dan 2 dilaksanakan mengikut arahan KPM    
          dan Lembaga Peperiksaan Malaysia

13.0    PEMANTAUAN

13.1     Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1  Pencerapan guru akan dibuat secara rasmi oleh Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK 
             Koku sekali setahun di dalam bilik darjah.
13.1.2   Jadual pencerapan akan dikeluarkan kepada setiap guru..
13.1.3   Guru akan dimaklumkan dan ditetapkan tarikh pencerapan.
13.1.4   Ketua-Ketua Panitia digalakkan mencerap ahli panitia masing-masing.

13.2       Pengurusan Panitia
13.2.1   Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan GPK 1.
13.2.2   GPK 1 akan menyelia panitia 2 kali setahun.
13.2.3   Semua fail panitia akan disemak dan disimpan di dalam bilik GPK 1.
13.2.4   Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Perancangan Strategik Panitia masing-masing.
13.2.5   Ketua Panitia  mesti menentukan TOV, ETR murid mengikut kelas dan menentukan kumpulan murid cemerlang, lulus dan harapan.
13.2.6   Ketua Panitia dikehendaki membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peratuan kewangan.

13.3       Bilik-Bilik Khas
13.3.1   Semua bilik-bilik khas hendaklah diurustadbir dengan sempurna oleh guru yang dipertanggungjawabkan.
13.3.2   Bilik-Bilik Khas yang ditentukan adalah seperti berikut :
Bilik Guru Besar
Bilik GPK 1
Bilik HEM
Bilik GPK Kokurikulum
Pejabat
Bilik Muzik
Bilik Perpustakaan
Bilik Tayang
Bilik SPBT
Bilik Pemulihan
Bilik Mesyuarat ( Gerakan )
Bilik Pusat Akses
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bilik Sains
Bilik Kemahiran Hidup
Bilik Seni
Bilik J-Qaf
Bilik Sukan ( Stor Sukan )
Surau
Stor-stor yang dikhaskan
Bilik Moral
Bilik PPSMI/MBMMBI
Makmal Komputer
13.3.3   Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan perlu disediakan.
13.3.4   Keselamatan bahan dan peralatan perlulah diutamakan setiap masa.

13.4            Penyeliaan Buku Latihan Murid
13.4.1    Tugasan dalam buku latihan murid akan diselia oleh pentadbir 2 kali setahun merujuk jadual yang telah ditetapkan untuk tujuan penyemakan.
13.4.2    Semua guru dikehendaki menyerahkan semua buku latihan murid kepada
pentadbir yang ditetapkan pada masa yang ditetapkan mengikut mata pelajaran yang diajar.

14.0    ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

14.1        Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa mesyuarat
kewangan sekolah. Setiap panitia boleh mencadangkan pembelian buku dan alatan bantu mengajar kepada GPK 1 dan Guru Besar.
14.2         Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti Mengikut Arahan Perbelanjaan yang berkuat kuasa.
14.3      10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlukah direzabkan untuk pembelian tahun berikutnya.


15.0      BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

15.1    Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2    Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.3    PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata  Pelajaran 
           Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,dan
           Bahasa Arab bagi tujuan Program NILAM.
15.4      Penggunaan PSS bagi tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
15.5      Guru ganti dibenarkan membawa murid ke perpustakaan bagi tujuan mencari maklumat,
           menonton video dan NILAM.
15.6      Program NILAM diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
15.7      Buku-buku rujukan ( naskah guru ) hendaklah dijadikan aset panitia.

16.0      PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

 16.1   Semua program utama yang berlangsung dalam p & p dibuat berdasarkan keperluan 
            panitia.
16.2        Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang  bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
16.3      Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.

17.0      PERKEMBANGAN STAF

17.1    Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberi taklimat ringkas kepada  Guru 
            Besar, GPK 1 dan membuat minit curai untuk Guru Besar dan fail panitia.
17.2       Kursus dalaman akan diadakan oleh guru berkenaan mengikut keperluan.
17.3       Bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru lain.
17.4        Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP )akan diadakan 6 kali setahun mengiikut arahan KPM. Tajuk-tajuk latihan dirancang oleh jawatankuasa LDP mengikut keperluan semasa.
17.5      Semua bahan kursus/taklimat/bengkel/seminar perlu disimpan dalam fail panitia dan boleh diperbanyakkan jika perlu.
  
18.0    KAJIAN TINDAKAN

18.1      Setiap panitia dikehendaki membuat kajian tindakan dan perlu dipersembahkan dalam panitia masing-masing.

19.0   TARGET PEPERIKSAAN UPSR
           ( Rujuk Aku Janji )

20.0   PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

21.1      Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
Pentadbir melalui mensyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikuluum.

DASAR HAL EHWAL MURID

1             Pengurusan Disiplin Murid
·         Semua guru adalah guru disiplin ( bertanggungjawab menegur, menasihat dan melapor )
·         Kawalan disiplin mematuhi SPI( integriti tidak dipersoal oleh ibu bapa dan   masyarakat )
·         Pendekatan mesra, sayang dan prihatin.
·         Rekod disiplin kemas kini ( sistem rekod sistematikdan mudah dicapai )
·         Mendapat sokongan ibu bapa / penjaga ( pelanggaran disiplin dimaklumkan dan hubungan dengan ibu bapa / penjaga dua hala )
·         Mendapat sokongan anggota masyarakat ( wujud  hubungan baik /kerjasama dengan PIBG agensi kerajaan dan masyarakat sekitar
·         Kes ponteng hendaklah lapor segera kepada GB / GPK / Guru Disiplin untuk tindakan sewajarnya

2             Perhimpunan
·         Pelajar berbaris dalam kelas masing-masing diketuai oleh ketus kelas.
·         Hari Isnin  ( perhimpunan rasmi – mulai 7.30 pagi )
·         Hari Selasa ( perhimpunan aktiviti kokurikulum – kendalian unit  Koku dan guru bertugas mingguan
·         Hari Jumaat  ( perhimpunan aktiviti Pembinaan Modal Insan Cemerlang dan Kerohanian – kendalian guru bertugas mingguan dan Panitia Pendidikan Islam / Moral

3             Rekod Profil Murid
·         Diletak dalam bilik Rekod Murid
·         Senantiasa kemaskini  ( maklumat  terkini dan tepat )
·         Mudah diakses ( mudah dirujuk bila dikehendaki )

4             Buku Jadual Kedatangan
·         Data murid lengkap, kemaskini dan tepat  ( dokumen yang berkaitan difailkan dengan kemas dan sistematik )
·         Kehadiran ditanda sebelum 9.00 pagi setiap hari.
·         Prosedur tindakan murid ponteng dan  tidak hadir sekolah di kepil ( tampal di bahagian belakang jadual kedatangan )
·         Dokumen rasmi dan digunakan oleh kementerian untuk mengira geran perkapita , juga digunakan oleh pihak mahkamah untuk kes juvana ( mengesan ponteng dan menguatkan kes)
·         Guru kelas tidak hadir, jadual kedatangan dicatat oleh penyelaras dan jika tidak hadir juga guru B & K perlu lakukan.
·         Guru B & K perlu pastikan semua butiran diperlukan dilengkapkan oleh guru kelas.
·         Tanda ‘ O ‘ jika murid tidak hadir dan ‘ L ‘ jika lewat
·         Tidak hadir tanpa sebab / surat dikira ponteng ‘ P ‘
·         Setiap pembetulan ‘diinitial ‘.  Penggunaan ‘ liquid paper ‘ dilarang
·         Jadual kedatangan ditutup pada hari terakhir persekolahan setiap bulan.  Pastikan butiran dikira dan dicatat dengan betul dan tepat.
·         Hari cuti lama dipalang panjang dari atas kanan ke bawah kiri dan tulis nama cuti
·         Hari Sabtu dan Ahad catat ‘ S ‘ dan ‘ A ‘

5             Pakaian dan Kekemasan Diri Murid
·         Pakaian murid lelaki dan perempuan mengikut  peraturan kementerian dan sekolah  ( berpandu kepada SPI dan Buku Kecil Peraturan Sekolah )
·         Pakaian unit  berunifom yang lengkap pada hari Rabu dari awal pagi dibenarkan.

6             Kehadiran Murid ke Sekolah
·         Hadir setiap hari pada hari-hari persekolahan
·         Sampai atau berada di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi
·         Hadir setiap kali waktu kokurikulum
·         Setiap guru hendaklah membuat catatan kehadiran murid dalam kelas diajar dan dalam setiap perjumpaan dan aktiviti 
7             Budaya Sekolah
·         Ucapan salam / salam sejahtera
·         Bergerak dalam barisan apabila meninggalkan kelas untuk keluar rehat atau ke bilik-bilik khas.
·         Beratur di luar bilik sebelum masuk ke mana-mana bilik sebelum guru benarkan masuk.
·         Menghormati dan sedia membantu tetamu
·         Bersopan santun dan berhemah tinggi
·         Berbelas kasihan dan bertimbang rasa

8             Budaya Kelas
·         Mengamalkan nilai kebersihan , ceria dan selamat  (laksana tugas ikut jadual  tugas )
·         Kerusi, meja, peralatan dalam kelas mencukupi dan dijaga.
·         Hiasi dan tampal dengan kata-kata yang memberi motivasi termasuk misi dan visi sekolah
·         Papan maklumat lengkap
·         Pertandingan antara kelas

9             Budaya Sayang Sekolah
·         Jaga kawasan dan bangunan agar sentiasa bersih dan ceria
·         Peralatan dan kemudahan sekolah sentiasa berkeadaan baik

10          Budaya Ingin Tahu / Proaktif
·         Peka setiap perkara yang berlaku di sekolah dan persekitaran ( sentiasa merujuk maklumat terkini )
·         Sedia melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru. ( menambah pengetahuan melalui bacaan, latihan kemahiran dan maklumat internet )

DASAR KOKURIKULUM
 A. GURU  
  1. Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah.
  2. Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum yang dianjurkan :-
    a.Unit Beruniform
    b.Persatuan/ kelab
    c.Sukan dan permainan
  3. Kehadiran guru adalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.
  4. Untuk mendapatkan pelepasan daripada bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.
  5. Setiap guru bertanggungjawab  pada setiap bidang kokurikulum  agar bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
  6. Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
  7. Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.
  8. Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerakerja dengan jelas supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
  9. Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak-pihak perbendaharaan / JPN Melaka.
  10. Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
  11. Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
  12. Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum, permainan atau pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau tidak hadir.
 B. MURID
  1. Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan minat pilihan mereka dalam bidang-bidang:
    a. Unit Beruniform
    b. Persatua / Kelab
    c. Sukan dan Permainan
  2. Setiap murid (Tahun 4,5 &6) wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan, satu unit beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permaian.
  3. Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid –murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja.
  4. Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan (sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil penyertaan.)
  5. Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
  6. Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
  7. Setiap murid perlu membayar yuran Unit Beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
  8. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah.
  9. Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum. 
HALA TUJU SEKOLAH
MANDAT

Definisi Mandat (Stakeholder)

Mandat merupakan apa yang diarahkan oleh pihak yang bertanggungjawab (stakeholder) dan apa yang kita dilarang melakukannya. Mandat merupakan tauliah (Punca Kuasa) di dalam menjalankan tugas. Mandat juga merupakan suatu rujukan  yang perlu diambil sebagai dasar dalam pembinaan Visi dan Misi sesebuah organisasi.Mandat juga menjadi garis panduan tanggungjawab, perancangan, kawalan membuat keputusan dan tindakan. Dengan adanya mandat ia menjadikan perancangan mempunyai validity dan reliability yang tinggi.

Mandat adalah meliputi
  1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
  2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
  3. Dasar Wawasan Negara 2001-2010
  4. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas
  5. Pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
  6. Arahan-arahan Perbendaharaan
  7. Surat Siaran PPD dan JPN
  8. Pekeliling-pekeliling Kerajaan.

Mandat berdasarkan bidang Kurikulum
  1. SPI Bil. 3/1981 – Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (3 Period) oleh Guru
  2. SPI Bil. 4/1986 - Panitia Mata Pelajaran
  3. SPI Bil. 3/1987 – Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
  4. SPI Bil. 15/1989 - Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 di SJKC dan SJKT/ Bahasa Inggeris di Semua SK dan SRK
  5. SPI Bil. 3/1990 - Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan Guru Mata Pelajaran Matematik
  6. SPI Bil 22/1998- Penempatan dan Pertukaran guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mengikut keperluan perkhidmatan.
  7. SPI Bil 25/1998- Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  8. SPI Bil 26/1998- Garis panduan kurikulum Prasekolah
  9. SPI Bil 1/1999- Garis panduan pengendalian aktiviti sokongan Bahasa Inggeris di sekolah.
  10. SPI Bil 3/1999- Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
  11. SPI BIL. 17/2002 – Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain ( PAFA ) Di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.
  12. SPI BIL. 11/2002 – Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik  Dalam Bahasa Inggeeris Di Sekolah Kebangsaan (SK) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM, dan Tingkatan Enam Mulai 2003.
  13. SPI BIL. 9/2002 – Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap 1 Sekolah Rendah
  14. SPI BIL. 6/2003 – Pelaksanaan Dasar Penggunan Media dan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  15. SPI BIL 10/2004 – Pelaksanaan Program ICTLDi Sekolah Rendah
  16. SPI BIL. 6/2004 – Pelaksanaan Mata Pelajaran Sivik Kewarganegaraan Di Sekolah Rendah Dan Menegnah
  17. SPI BIL. 9/2010 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
  18. SPI BIL. 5/2011 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Tahap 1 mulai 2011
  19. SPI BIL. 2/2010 – Pelaksanaan Dasar Memartabatkab Bahasa Malaysia dan Mempekukuhkan Bahasa Inggeris
  20. Surat Siaran – Pelaksanaan Program Literasi dab Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah Rendah
  21. SPI BIL. 12/2011 – Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  22. SPI BIL. 11/2010 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 1 Mulai 2011
  23. SPLB BIL. 1/2011 – Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011

Mandat berdasarkan bidang Kokurikulum
  1. SPI Bil. 2/1986 – Rekod Kedatangan & Laporan Gerakerja Kokurikulum Pelajar
  2. SPI Bil. 3/1986 – Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah
  3. SPI Bil. 5/1986 – Panduan Penubuhan dan Penyusunan Kelab Komputer Sekolah
  4. SPI Bil. 24/1998 – Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
  5. SPI Bil. 9/2000 – Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pend. Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah.

Mandat berdasarkan bidang Hal Ehwal Murid
  1. SPI Bil. 8/1985 –Pakaian Seragam murid-murid Sekolah (pindaan)
  2. SPI Bil. 7/1986 – Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
  3. SPI Bil. 2/1987 –Kesulitan Mendapatkan Buku Teks.
  4. SPI Bil. 2/1991 –Tatakelakuan Pelajar Ketika di Masjid.
  5. SPI Bil. 3/1992– Pemakaian Tudung /Mini Telekong Bagi Pelajar Perempuan.
  6. SPI Bil. 8/1999 – Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan pergi dan Balik Sekolah.

Mandat berdasarkan bidang Kewangan
  1. SP Kewangan KPM Bil. 17/1995 – Elaun Penginapan & Makan bagi Guru-guru membawa pelajar menyertai kegiatan Kokurikulum.
  2. SPI Bil. 3/1997 – Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan Pungutan Wang
  3. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bahagian XI Seksyen 124, Sumbangan Bantuan dan Sumbangan Modal hendaklah tertakluk kepada Syarat, dsb yang ditetapkan.
Mandat berdasarkan bidang Pengurusan Pejabat
  1. Perkara 132 (fasa2) – Peraturan-peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib)
  2. Perkara 144 (fasa 5A(5B)(6)6A – Pihak Berkuasa Tatatertib
Mandat berdasarkan Sumber Manusia
  1. SPP Bil. 4/1994 – Garis Panduan Mengurus Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai yang Bermasalah
  2. SPP Bil. 10/1995 – Membersarakan Seseorang Pegawai dalam Perkhidmatan Awam atas sebab Kesihatan
  3. SPI Bil. 7/2001 – Garis Panduan Pakaian Guru ketika Bertugas di Sekolah
  4. PP Bil. 2/1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam
Mandat berdasarkan Fizikal
  1. SPI Bil. 14/1989 – Kebersihan Sekolah
  2. SPI Bil. 6/1997 - Amalan Kebersihan Di Sekolah
  3. Surat Siaran KP (BS/HEP) 8614/026/B(12) : 3 November 1997 - Program Bersepadu Sekolah Sihat
  4. Program Bersepadu Sekolah Sihat, 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mandat berdasarkan Hubungan Luar
  1. 6/1988 – Panduan tajaan oleh syarikat/ badan perniagaan di sekolah
  2. I/1991 – Penceramah Jemputan untuk majlis dan aktiviti agama Islam di sekolah.
  3. 3/1993 – Mengundang orang kenamaan ke upacara sekolah
  4. 9/1991- Permohonan mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah.
  5. 6/1992 – Penerimaan hadiah dan sumbangan dari pertubuhan, institusi, syarikat dan kerajaan negara luar.
  6. 12/2000 – Lawatan pendidikan murid di hari persekolahan
  7. 19/2000 – Panduan menggalakkan kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam program ICT di sekolah
  8. 5/2001 – Batasan Persatuan Ibu bapa Guru di sekolah.
VISI 
Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 Menjadi Sekolah Cemerlang 2014

MISI
Memberi pendidikan berkualiti  untuk melahirkan murid cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

NILAI MURNI
(Tonggak kepada visi sekolah)

AMANAH
BERTANGGUNG JAWAB
KOMITED
BERTIMBANG RASA
JUJUR
IKHLAS
MUAFAKAT

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Alor Gajah 1 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Murid
  • Setiap murid mendapat tempat belajar yang sesuai sebaik sahaja mendaftar di sekolah.
  • Setiap murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan yang ditetapkan.
  • Setiap murid menduduki penilaian prestasi peringkat sekolah enam kali setahun.
  • Setiap murid menerima buku teks SPBT sebelum sesi persekolahan dibuka.
  • Memastikan setiap murid yang layak mendapat bantuan yang sepatutnya.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.
  • Setiap murid diberi peluang mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan  kokurikulum.
Staf
  • Memastikan staf baru dapat menerima gaji dalam tempoh tiga bulan dari tarikh melapor diri.
  • Memberi peluang meningkatkan pengembangan ilmu,latihan dan pembangunan diri seluasnya untuk semua staf.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.
  • Sebarang masalah berkaitan perkhidmatan akan diambil tindakan segera.
Waris
  • Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap, adil dan saksama.
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberi tidak lebih dari tiga hari bekerja.
  • Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina.
Stakeholders
  • Memberi maklumbalas tepat dan relevan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
  • Memberi kerjasama dan mematuhi arahan serta pekeliling yang dikeluarkan.
  • Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina.

MOTO SEKOLAH

KETEKUNAN
TANGGA
KEJAYAAN 

LENCANA SEKOLAH

•      Berani menempuh segala cabaran ke arah negara maju.
•      Pelbagai  bangsa bernaung di bawah satu kepimpinan yang berdaulat.
•      Membentuk insan yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan.
•      Daerah di mana sekolah ini didirikan.
•      Semangat gigih warga sekolah dalam usaha mendapatkan ilmu dan mengamalkannya
        untuk kecemerlangan.  


LAGU SEKOLAH

Puncak Jaya

SK Alor Gajah 1
Sekolahku Yang Tercinta
Penyuluh Arah Hidup Yang Murni
Memupuk Sifat Mulia
Berusaha Demi Kejayaan
Mencapai Cita-cita
Maju Ayuh Maju
Sama-sama Berusaha
Maju Terus Maju
Untuk Negara Yang Tercinta
Bersama Kita Berganding Bahu
Jujur Berusaha Selalu
Ketekunan Tangga Kejayaan
Menuju Puncak Jaya


Ciptaan dan lirik oleh :
Encik Abd Aziz bin Jantan

BENDERA SEKOLAH
TONGAK JAYA

WARNA MERAH

:   BERANI MENEMPUH SEGALA CABARAN KE ARAH NEGARA MAJU.


WARNA KUNING
:  PELBAGAI BANGSA BERNAUNG DI BAWAH SATU KEPIMPINAN YANG BERDAULAT.


PEMBAHAGIAN WARNA KUNING DAN MERAH
:   MEMBENTUK INSAN YANG SEIMBANG SELARAS DENGAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

ANALISA PERSEKITARAN















Read more...

3 comments:

  1. Good. SKAG1 always in my heart.

    ReplyDelete
  2. betul ke minggu kedua dan keempat ialah waktu bekerja dan wajib datang...bukan pejabat pos je macam tu..mmm pekeliling yang mana ni...mohon sebarkan

    ReplyDelete