KURIKULUM


DASAR KURIKULUM 


VISI
Mencapai tahap kecemerlangan akademik terbaik dalam semua matapelajaran menjelang 2012


MISI
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan berkesan melalui pelbagai kaedah terkini serta meningkatkan pengetahuan murid dalam pelbagai bidang melalui proses pembudayaan ilmu.


CARTA KURIKULUM 2012


1.  LATAR BELAKANG

ž  Kurikulum adalah “core business” bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan sistem sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah sekolah kebangsaan harian yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.
2.  OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
¡menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
¡memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
¡memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran
  Negeri Melaka .


3. DASAR
3.1    Dasar kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana      
        Sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2    Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian    
         Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3    Sebagai salah sebuah sekolah kebangsaan yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah 
         Harian dan Sektor Pengurusan Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka 
         akan dipatuhi sepenuhnya.
3.4    Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan 
        kurikulum semasa.
3.5    Program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program 
        akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik  
        diberi keutamaan.

4.    MESYUARAT

4.1   Jawatankuasa kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun     mengikut    
       standard piawaian jabatan.
4.2   Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3   Mesyuarat panitia, minimum 3 kali setahun dan minit mestilah
       disediakan.
4.4   Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru-guru 2 hari
       sebelum mesyuarat.

5.    FAIL      
5.1   Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha.
5.2   Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia dan  disimpan di bilik  GPK 1.
5.3   Jumlah fail – 3

6.   PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1  PraSekoloah – KSPS
6.2  Tahun 1 – KSSR -             
6.3  Tahun 2 dan 3 - KBSM
6.4  Tahun 4,5 dan 6 - KBSM

7.    SYARAT-SYARAT KEMASUKAN 

·   PraSekolah berumur 6 tahun – Permohonan dan mengikut syarat kelayakan serta  warganegara.
·  Tahun 1 berumur 7 tahun – warganegara ( layak menerima bantuan ) bukan warganegara berbayar.

8.  SUKATAN PELAJARAN / RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan terkini 
yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan 
disimpan oleh setiap guru.

Satu salinan SP, HSP dan RPT hendaklah disimpan di dalam fail panitia.
Rancangan Pelajaran Harian hendaklah ditulis selaras mengikut mata pelajaran yang 
mengandungi perkara berikut:
       -  Tema / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Aktiviti / Bahan

Buku Persediaan Mengajar hendaklah dihantar setiap hari Jumaat persekolahan 
(tertakluk kepada perubahan )
Semua guru dikehendaki membawa persediaan mengajar setiap kali masuk kelas.
Semua guru dikehendaki menghabiskan Sukatan Pelajaran :
                                -  PraSekolah            -        Minggu 42
                                -  Tahun 1 – 5           -        Minggu 42
                                -   Tahun 6                 -        Bulan Mei

Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah berpusatkan pelajar dan 
menggunakan ABM / ICT yang disediakan. Kualiti Pengajaran dan pembelajaran 
dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengalaman 
dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.

9. JADUAL WAKTU
9.1  Jumlah waktu mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.

10.  GURU GANTI

10.1     Guru-guru yang CRK / Berkursus / Cuti Sakit / Cuti Tanpa Rekod, perlu merekod  dan      
            memaklumkan kepada Guru Besar dan GPK 1 serta mencatatkan dalam buku  pergerakan                   
            staf, dan menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
10.2     Guru-guru yang terpaksa meninggalkan sekolah secara ‘ad-hoc’ dikehendaki membuat                 
            pertukaran waktu suka sama suka supaya p & p tidak tertangguh.
10.3     Penyediaan Guru Ganti akan direkodkan dan disediakan oleh GPK 1 atau GPK Koku atau  
            GPK HEM atau Penyelaras Jadual Waktu.

11.   WAKTU PERSEKOLAHAN
             Isnin      -Tahun 1/2/3  : 1.05
             Tahun 4/5/6  : 2.05 ( Kelas tambahan tahun 6 – 3.15 )
             Selasa   -Tahun 1/2/3  : 1.05
             Tahun 4/5/6  : 1.35 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.35 )
             Rabu      -Tahun 1/2     : 12.35
             Tahun 3/4/5/6: 1.35 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.35 )
             Khamis -Tahun 1/2/3      : 1.35
             Tahun 4/5/6  : 1.05 ( Kelas tambahan tahun 6 – 2.05 )
             Jumaat                -Semua murid – 12.05

12.  PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
 
12.1  Peperiksaan merujuk kepada takwim peperiksaan JPM dan sekolah yang telah
         ditetapkan.
12.2  Dasar pengredan markah adalah merujuk kepada penetapan yang telah dibuat oleh   
         sektor Penilaian dan Peperiksaan ( SPP ) JPM.
12.3  Format peperiksaan adalah mengikut kertas sebenar peperiksaan awam untuk UPP1,   
         UPP2, PKSR 1, PKSR 2, Percubaan dan PraUPSR.
12.4  Jadual pengawasan secara blok akan dibuat untuk peperiksaan UPP1, UPP2, PKSR1
         dan PKSR 2 sahaja. Lain-lain ujian dan peperiksaan adalah mengikut jadual peribadi.
         Peruntukan masa mengikut keperluan peperiksaan awam.
12.4  Markah untuk UPP!, UPP2, PKSR 1, PKSR 2 sahaja akan dimasukkan ke dalam Qnet.
         Markah untuk setiap kali ujian dan peperiksaan akan dicetak dan dimasukkan ke dalam
         fail peperiksaan kelas oleh guru kelas , fail panitia oleh  ketua panitia, fail Qnet oleh
         penyelaras Qnet.
12.5  Markah murid secara individu perlu direkodkan ke dalam buku laporan murid untuk
         ditandatangani oleh ibu bapa.
12.6  Kedudukan murid adalah ditentukan melalui GPA dan lulus semua mata pelajaran.
12.7  Semua guru penyedia soalan dikehendaki menyediakan soalan mwngikut Jadual
         Spesifikasi Ujian ( JSU ) mengikut tahap.
12.8  Semua soalan ujian dihendaklah disahkan oleh Ketua Panitia atau GPK 1
         sebelum dicetak.
12.9  Post mortem hendaklah dibuat setiap kali peperiksaan UPSR. Semua ketua panitia
         perlu memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk mata pelajaran
         Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam dan KSSR.


13.     PEMANTAUAN
ž  Pengajaran dan Pembelajaran
ž  Pencerapan guru akan dibuat secara rasmi oleh Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koku sekali
ž  setahun di dalam bilik darjah.
ž  Jadual pencerapan akan dikeluarkan kepada setiap guru.
ž  Guru akan dimaklumkan dan ditetapkan tarikh pencerapan.
ž  Ketua-Ketua Panitia digalakkan mencerap ahli panitia masing-masing.
ž  Pengurusan Panitia
ž  Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan GPK 1.
ž  GPK 1 akan menyelia panitia 2 kali setahun.
ž  Semua fail panitia akan disemak dan disimpan di dalam bilik GPK 1.
ž  Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Perancangan Strategik Panitia masing-masing.
ž  Ketua Panitia  mesti menentukan TOV, ETR murid mengikut kelas dan menentukan kumpulan murid cemerlang, lulus dan harapan.
ž  Ketua Panitia dikehendaki membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peratuan kewangan.
ž  Bilik-Bilik Khas
  •   Semua bilik-bilik khas hendaklah diurustadbir dengan sempurna oleh guru yang dipertanggungjawabkan.
14.   ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
  •       Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap panitia boleh mencadangkan pembelian buku dan alatan bantu mengajar kepada GPK 1 dan Guru Besar.
  •      Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbelanjaan yang berkuat kuasa.
  •       10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlukah direzabkan untuk pembelian tahun 
  •       berikutnya.
15.   BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

     15.1      Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
     15.2      Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
     15.3      PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa 
                  Malaysia, Bahasa Inggeris,dan Bahasa Arab bagi tujuan Program NILAM.
     15.4      Penggunaan PSS bagi tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
     15.5      Guru ganti dibenarkan membawa murid ke perpustakaan bagi tujuan mencari maklumat,   
                  menonton video dan NILAM.
     15.6      Program NILAM diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
     15.7      Buku-buku rujukan ( naskah guru ) hendaklah dijadikan aset panitia.

16.    PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

     16.1      Semua program utama yang berlangsung dalam p & p dibuat      berdasarkan keperluan   
                  panitia.
     16.2      Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
                  yang  bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
     16.3      Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua
                  panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.

17.      PERKEMBANGAN STAF

     17.1    Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberi taklimat ringkas kepada Guru
                Besar, GPK 1 dan membuat minit curai untuk Guru Besar dan fail panitia.
     17.2    Kursus dalaman akan diadakan oleh guru berkenaan mengikut keperluan.
     17.3    Bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru lain.
     17.4    Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP )akan diadakan 6 kali setahun mengiikut arahan
                KPM. Tajuk-tajuk latihan dirancang oleh jawatankuasa LDP mengikut keperluan  semasa.
     17.5    Semua bahan kursus/taklimat/bengkel/seminar perlu disimpan dalam fail panitia
               dan boleh diperbanyakkan jika perlu.

18.        KAJIAN TINDAKAN

¡  Setiap panitia dikehendaki membuat kajian tindakan dan perlu dipersembahkan dalam panitia masing-masing.

19.          TARGET PEPERIKSAAN UPSR

20.          PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
¡  Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Pentadbir melalui mensyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikuluum.


 







Read more...